Tun M mahu Langkawi jadi pintu masuk produk Azerbaijan ke Malaysia

0
1

TUN Dr Mahathir Mohamad berharap agar Langkawi yang merupakan pulau bebas cukai, mampu menjadi pintu masuk untuk memasarkan produk Azerbaijan ke Malaysia dan Asia Tenggara.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Langkawi tersebut berkata Majlis perniagaan Malaysia-Azerbaijan untuk memudah dan menggalakkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara harus dipertimbangkan.

Beliau mengemukakan cadangan itu menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Azerbaijan ke Malaysia, Irfan Davudov di Putrajaya pagi tadi.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, antara yang dibincangkan termasuk perniagaan, pelancongan dan kerjasama kebudayaan antara Malaysia dan Azerbaijan.

“Kami juga bercakap mengenai kerjasama pendidikan dan untuk pelajar Azerbaijan melanjutkan pelajaran mereka di Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here