‘BN biarlah dengan BNnya’ – Ahmad Shabery

0
1
Kredit: UMNO Online

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang berpendapat penyatuan ummah adalah lebih besar daripada penyatuan politik kepartian.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa PAS sudah membuat pilihan termasuk mengenepikan warna ‘hijaunya’ sendiri memilih ‘biru’ Perikatan Nasional (PN) untuk melawan Barisan Nasional (BN).

“Betul saya setuju. Penyatuan Ummah lebih besar daripada kerjasama politik.

“PAS sudah mengenepikan warna hijaunya sendiri memilih biru PN untuk lawan BN. BN biarlah dengan BN-nya.

“Medan tempur telah kita lalui bersama di Melaka dan Johor (Pilihan Raya Negeri). Kata-mengata, gelar menggelar sudah dilemparkan. ‘No hard feelings. Nothing personal’,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

BACA LAGI: 4 tahun lalu ramai tersilap pilih – Ahmad Maslan

Menurutnya, selepas ini semua pihak kembali bermesyuarat bersama dalam sebuah kerajaan.

“Ulang balik di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Kalau ada rezeki boleh duduk sekali lagi bersama dalam kerajaan.

“Khabarnya Bersatu pun sedang cari khemah besar. Cari formula nak jadi PM ke 10. Mudahan PAS tak ditinggalkan. Kalau ada rezeki, tak kira dengan siapa, PAS tetap dalam kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, umat tidak berpecah pun tanpa kerjasama politik dan semua pihak perlu bertenang, rehat dan sejukan hati.

Ahmad Shabery mengulas mengenai kenyataan Tuan Ibrahim berhubung PAS kekal berpendirian bahawa penyatuan ummah adalah lebih besar daripada penyatuan politik kepartian atau kerjasama politik dalam menghadapi PRU-15.

Tuan Ibrahim berkata, parti itu melihat keperluan untuk penyatuan dalam kerangka yang ditandatangani menerusi piagam Muafakat Nasional (MN).

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, dalam konteks politik kepartian, setiap pihak boleh membuat apa yang difikir sesuai untuk partinya dan keadaan ini tentu berbeza antara satu kawasan, negeri berbanding lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here