Ismail Sabri terharu ramai hadir ke rumah terbukannya

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terharu dengan kehadiran ramai Keluarga Malaysia di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

Menurutnya, walaupun penat beliau berasa gembira dengan kehadiran yang sangat ramai tersebut.

“Alhamdulillah ramai sungguh Keluarga Malaysia yang hadir ke rumah terbuka saya siang tadi (semalam).

“Berdiri bersalaman dengan pengunjung dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Bila dah tua ni terasa juga kepenatan…
Curi-curi juga untuk ‘rest’ kejap.

“Namun walaupun penat, saya sangat terharu dan gembira dengan kehadiran yang sangat ramai tersebut,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan memohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2022, semalam yang berkonsepkan ‘Beraya di Kampung’, dilaporkan dihadiri lebih 100,000 Keluarga Malaysia.

Orang ramai mula beratur sejak jam 9 pagi tadi dan majlis turut dilanjutkan sehingga jam 6 petang susulan mendapat sambutan luar biasa.

Turut berkenan berangkat ke majlis berkenaan ialah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Rumah terbuka itu adalah kali pertama dihoskan Ismail Sabri selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 20 Ogos 2021 dan diadakan di kediaman rasminya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here