Saingan dengan Rafizi bukan pertembungan proksi – Saifuddin

0
2

CALON Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan pertandingan satu lawan satu dengan Rafizi Ramli dalam pemilihan parti kali ini adalah pertembungan proksi.

“Saya menyatakan dengan tegas untuk menolak sekeras-kerasnya tanggapan sesetengah pihak khususnya pihak di luar parti bahawa ini adalah pertembungan proksi.

“Ia sama sekali tidak tepat,” kata Setiausaha Agung PKR itu menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu beliau hadir ke Majlis Muhibah Aidilfitri bersama pimpinan PKR Sabah di Kota Kinabalu malam tadi.

Sementara itu Saifuddin berkata debat beliau dengan Rafizi yang akan diadakan pada 11 Mei nanti, akan menjadi peluang untuk kedua-dua pihak memberi gambaran lebih tepat kepada rakyat tentang agenda reformasi yang seringkali dilaungkan.

Katanya lagi, ‘debat’ yang walau apa jua tajuknya nanti adalah platform terbaik untuk menerangkan tentang PKR, agenda reformasi dan hal-hal terkait yang selari usaha untuk mewujudkan Malaysia lebih baik.

“InsyaAllah, KEADILAN sebagai parti yang demokratik akan memberi hak sepenuhnya kepada setiap anggota untuk membuat pilihan.

“Jarang kedapatan parti politik yang ingin adakan pemilihan beberapa bulan sebelum pilihan raya kerana sesetengah parti melihat pemilihan parti adalah perpecahan.

“Namun tidak bagi KEADILAN. InsyaAllah, wahana ini akan kita jaga dan angkat sebagai pilihan terbaik buat rakyat Malaysia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here