SKUAD kebangsaan B-23 semalam berpeluang meninjau keadaan padang di Stadium Thien Truong, Nam Dinh di Vietnam menjelang aksi pertama Kumpulan B Sukan SEA 2021 bertemu Thailand B-23 esok.
Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh barisan pemain muda negara kendalian Brad Maloney untuk merasai permukaan padang yang menggunakan jenis rumput Bermuda di venue tersebut.
Menurut perkongsian di laman sosial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), skuad negara kemudian menjalani sesi latihan di Padang Latihan Palace Sports Nam Dinh Province selepas sesi jelajah Stadium Thien Truong selesai pada jam 6.45 petang.
Hari ini Maloney yang membawa 24 pemain ke Vietnam, akan mengumumkan senarai akhir 20 pemain sebelum perlawanan pertama menentang Thailand. – Malaysiapost

