Nurul Huda Abhar
PENGUMUMAN kenaikan harga gedung serbaneka Eco-Shop daripada RM2.20 kepada RM2.40 bermula 1 Jun ini menerima pelbagai reaksi daripada peminat tegar ‘kedai berhantu’ itu.
Perkongsian harga baharu yang tular menerusi laman sosial itu menjadi berdebatan antara netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan kenaikan harga itu.
Menerusi pengumuman yang tertera di salah sebuah cawangan gedung itu, perubahan harga tersebut disebabkan peningkatan kos.
“Dengan itu kerja-kerja perubahan harga di semua platform akan dilakukan secara berperingkat. Segala kesulitan amatlah dikesali. Kami berharap agar anda memahami situasi ini dan terima kasih kerana terus menyokong kami dengan membeli belah di Eco-Shop,” katanya.
Semakan Malaysiapost di laman Facebook mendapati kebanyakan netizen berpendapat kenaikan harga kepada RM2.40 itu mungkin kerana tangga gaji minimum dinaikkan RM1,500.
“Gaji naik tak ada beza. Gaji naik barang naik.. kita masih ditakuk lama taka da perubahan, tak ada bangga basic RM1,500 sama je sampai bila-bila kalau gaji naik harga barang kekal atau turun baru rasa perubahan,”kata Hani Sha Nisa.
“Rasanya RM2.20 baru je buat. Dah naik lagi. Aku pergi beli aku cari barang yang betul-betul memang jimat beli je. Kena pandai beza harga,” ujar Emy Emmy.
“Antara marketing yang bijak. Buat la nai harga sampai RM3 pun orang tetap akan panggil kedai 2 ringgit. Dan orang tetap akan berpusu-pusu ke kedai juga,” kata Mohd Fareez Zakaria.
Sebelum ini, daripada tawaran harga RM2.10, Eco Shop mengumumkan kenaikan harga barangannya kepada RM2.20 bermula 1 Disember 2021 di Semenanjung Malaysia dan RM2.30 kepada RM2.40 masing-masing di Langkawi, Sabah dan Sarawak. – Malaysiapost

