PAS tolak ‘khemah besar’ kerana di dalamnya ada tikus dan kucing – Hadi

0
1
hadi awang fb

PAS menolak kerjasama ‘khemah besar’ dengan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebaliknya Presiden parti Islam itu berkata PAS kekal dengan pendirian menyokong pendekatan perpaduan ummah, lapor Utusan Malaysia.

Abdul Hadi berkata, parti itu enggan bersama dengan penghuni khemah besar, diumpamakan beliau sebagai tikus dan kucing yang boleh bercakaran antara satu lain.

“PAS ada kumpulan sendiri dan kita masih terus melaksanakan agenda perpaduan ummah.

“Kita tidak ikut khemah besar kerana di dalamnya ada tikus, kucing dan macam-macam. Kita bukan khemah, kita bawa agenda perpaduan ummah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita di rumahnya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Kelmarin, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata parti itu tidak akan menyertai khemah besar dianjurkan PH, meskipun ditawarkan untuk menyertainya.

Katanya, perkara itu sudah dibincang secara bersama dalam Perikatan Nasional (PN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here