Netizen puji sikap prihatin PM terhadap anak yatim

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob saban tahun tidak ketinggalan untuk bersama anak-anak angkatnya membeli kelengkapan Aidilfitri.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Ismail Sabri berkata anak angkatnya adalah kanak-kanak kematian ibu dan bapa dalam kemalangan, lapan tahun lalu.

“Pertama kali saya mendakap adik Auni Syafia adalah semasa dia berusia tiga tahun. 

“Sayu dan sedih memikirkan masa depan adik Auni yang baru kehilangan ibu dan bapanya waktu itu, dalam satu kemalangan penuh tragis di Jalan Loke Yew, Cheras pada 2014.

“Ketika itu, saya membuat keputusan untuk mengambil Auni sebagai anak angkat, supaya dia boleh menjalani hidup yang sempurna seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Ismail Sabri berkata, dua lagi anak angkatnya adalah adik beradik yang kehilangan ibu bapa dalam nahas di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

“Begitu juga dengan Nur Firuza Amira Fairuz Nizam dan adiknya Nur Firuza Aqila yang kehilangan ibu bapa mereka dalam insiden langgar lari di Lebuhraya DUKE pada 2015.

“Setiap tahun, akan sentiasa pastikan untuk membawa mereka semua membeli belah untuk persiapan raya,” ujarnya.

Dalam sama sama, beliau juga meraikan anak-anak yatim di madrasah Raudhatul Al-Faeez yang didirikannya lebih sedekat lalu.

Dalam video itu juga menunjukkan keprihatinan Ismail Sabri melawat dan memeluk anak-anak angkatnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap murni Ahli Parlimen Bera itu yang membela nasib anak-anak yatim dan melayan mereka seperti ‘atuk dan cucu’.

“Besar ganjaran memelihara anak yatim piatu. Moga Allah pelihara Datuk Seri dalam segala kebaikan,” kata Fathiah Ab Rauf.

“Ini sisi yang selama ini tersembunyi. Tahniah PM, semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati,” ujar Hamdan Rukun. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here