Hampir 1,000 tunjuk tanda solidariti terhadap Palestin di hadapan kedutaan AS

0
1

KIRA-KIRA 1,000 peserta hadir dalam demonstrasi aman solidariti Himpunan Hari Al Quds Sedunia 2022 di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Para peserta mula berkumpul selepas solat Jumaat di Menara Tabung Haji berarak beramai-ramai ke hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak.

Mereka hadir dengan pelbagai palakad dan kain rentang mengutuk kezaliman Israel terhadap Palestin.

Himpunan bermula kira-kira jam 2.15 petang itu turut disertai pemimpin pembangkang terutama daripada Pakatan Harapan (PH).

Pemimpin pembangkang masing-masing mengambil giliran memberi ucapan mengutuk kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin menggunakan pembesar suara.

Antara pemimpin PH yang memberi ucapan ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan bekas Ketua Menteri Melaka dari Amanah, Adly Azhari.

Himpunan aman tersebut berlangsung selama kira-kira sejam dan turut disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Himpunan itu berlangsung dengan aman dengan dipantau polis.

Peserta demonstrasi melaungkan ‘Bebas Palestin’ dan ‘Israel Jahanam’ sebagai solidariti kepada rakyat Palestin yang dijajah tanahair mereka oleh Zionis sejak tahun 1948.

Para peserta akhirnya bersurai kira-kira jam 3.30 petang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here