Eskayvie, Pak Nil edar 500 bingkisan raya untuk ‘wira jalanan’

0
1

SEBAGAI penghargaan kepada “wira” yang tak didendang iaitu pekerja e-hailing ataupun ‘rider’ yang banyak menyumbang kepada masyarakat ketika era pandemik Covid-19.

Eskayvie Sdn Bhd tampil menyampaikan sumbangan khusus sempena Aidilfitri buat pekerja e-hailing di ibu pejabatnya di Seksyen 13, Shah Alam.

Kira-kira 500 orang ‘riders’ telah menyerbu ibu pejabat Eskayvie
bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

Program “Bingkisan Raya Rider” turut dihadiri duta jenaman itu, Datuk Aznil Nawawi ataupun lebih dikenali sebagai Pak Nil sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan.

“Melihat kesungguhan dan kegigihan ‘riders’ dalam usaha menyara keluarga disamping pentingnya penjagaan kesihatan sewaktu berinteraksi dengan orang ramai, Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk sama-sama memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka.

“Ini antara sumbangan kecil kami di Eskayvie. Ia termasuklah menyampaikan sumbangan berbentuk duit raya, juadah raya istimewa serta Eskayvie Diffenz.

“Besar harapan kami supaya setiap ‘riders’ dapat bawa pulang dan kongsikan bersama ahli keluarga atau ibu bapa masing-masing,” kata Aznil.

Tambah Aznil, golongan ‘riders’ ini sebenarnya menjadi sebahagian daripada pasukan “frontliner” yang telah banyak membantu memudahkan urusan kita selama ini.

“Bahkan mereka juga antara yang mengambil risiko mempertaruh nyawa demi kelangsungan hidup. Mereka sendiri mudah terdedah kepada pelbagai virus di luar sana.

“Jadi, bekalan Eskayvie Diffenz ini adalah sebagai Ikhtiar kita untuk melindungi diri dan keluarga terutamanya ketika berkumpul beramai-ramai pada hari raya nanti,” katanya.

Tambahnya lagi, inisiatif dilaksanakan selari dengan kempen #KitaIkhtiarSebelumKena yang menekankan kepentingan untuk berikhtiar sebelum dijangkiti sebarang wabak mahupun penyakit merbahaya yang lain.

“Eskayvie sangat prihatin dengan penjagaan kesihatan untuk diri dan keluarga, lebih-lebih lagi buat masa ni semua sekatan pergerakan telah dilonggarkan dan masyarakat kini kembali bergaul tanpa sebarang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan jenama itu, Kartika Wati Mohamed berkata, beliau tidak mahu ada di antara kita yang dalam diam membawa virus dan menjangkiti ahli keluarga yang lain.

“Terutama sekali ibu bapa kita yang sudah tua. Semestinya kita mahu jadikan raya kali ini lebih bermakna dan bukanlah bertukar menjadi sebuah tragedi.

“Semoga usaha murni ini akan memberi manfaat serta inspirasi kepada masyarakat sekeliling untuk turut sama berkongsi kebaikan dan terus meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan,” kata Kartika Wati yang turut sama mengagihkan sumbangan bersama Aznil.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here