Libatkan pengundi dalam penggubalan RUU Anti Lompat Parti – Azalina

0
2
KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2021. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said keluar dari Bangunan UMNO selepas selesai mesyuarat pencalonan Perdana Menteri.

PENGUNDI wajar terlibat dalam penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti, kata Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata ini kerana pelaksanaan undang-undang tersebut nanti akan turut memberi kesan kepada golongan terbabit.

“Setuju 100 peratus dengan @bersihofficial. Undang-undang Lompat Parti memberi kesan kepada pengundi.

“Oleh itu, pengundi wajar dimaklumkan dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang akta berkenaan,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Twit Datuk Seri Azalina Othman.

Beliau mengulas kenyataan media Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini yang menggesa Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti untuk melibatkan dan memaklumkan rakyat dengan maksimum.

Ia agar RUU terhasil mencapai kehendak rakyat dan sebarang kompromi yang diperlukan akan mendapat sokongan rakyat.

BACA LAGI: PKR mahu RUU Anti Lompat Parti dikuat kuasa sebelum PRU15

“BERSIH menggesa JPK tersebut untuk tidak menghalang penglibatan dan pengetahuan rakyat dengan mengenakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) kepada semua urusannya.

Demokrasi di Negara Komanwel seperti UK, Australia, New Zealand dan Kanada tidak menggunakan undang-undang seperti OSA untuk menghalang deliberasi perundangan, maka mengapa perlu Malaysia?

BERSIH juga menggesa JPK untuk berani menamatkan ‘budaya berahsia’ dalam pembuatan undang-undang di Malaysia yang merupakan tinggalan kolonial di mana orang ramai tidak boleh dipercaya untuk tahu dan memberi dapatan mereka terhadap undang-undang yang akan memberi kesan kepada mereka. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here