Lebih 500 Coopmart akan ditubuhkan di seluruh negara – PM

0
1

KERAJAAN menyasarkan penubuhan lebih 500 kedai koperasi Coopmart di seluruh negara menerusi pelbagai jenis koperasi bagi memanfaatkan seluruh Keluarga Malaysia terutama di luar bandar dan golongan B40.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ke arah itu satu jalinan ‘Inisiatif Sinergi Keluarga Malaysia’, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersama-sama Kementerian Wilayah Persekutuan dilancarkan hari ini.

Menurutnya, ia bagi menubuhkan kedai koperasi Coopmart dan Coop Community Mart Koperasi Pudina Putrajaya Berhad.

“Keluarga Malaysia kini dapat menikmati pelbagai pilihan produk dan barangan keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan.

“Sektor koperasi yang mempunyai ahli seramai 7.1 juta orang mencatatkan pencapaian yang membanggakan dengan perolehan sebanyak RM41.47 bilion,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya semua koperasi sektor pemborongan dan peruncitan bergerak secara proaktif dan bersepadu, ia akan memberi impak besar kepada ekonomi rakyat dan negara.

“Sejumlah RM3.7 juta melalui Kumpulan Wang COVID-19 (PEMULIH), turut disediakan bagi menaik taraf infrastruktur koperasi sektor pemborongan dan peruncitan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here