Kalau bolos sampai 30, kepala b**** kau nak champion

0
1

SELANGOR FC malam tadi cemerlang menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ia adalah kemenangan pertama buat skuad Gergasi Merah selepas seri dalam dua aksi di tempat lawan sebelum ini.

Ketika peminat Merah Kuning gembira dengan kemenangan itu, ada seorang penyokong dari kumpulan Ultras Selangor (UltraSel) tiba-tiba naik angin memaki hamun kapten pasukan, Safuwan Baharudin.

Insiden itu dipercayai berlaku selepas perlawanan berakhir ketika para pemain Gergasi Merah mengucapkan terima kasih kepada penyokong.

Berdasarkan satu video yang tular, seorang penyokong memanggil Safuwan lalu memakinya dengan kata-kata kesat.

“Kau kalau nak champion, kalau dah bolos sampai 30 macam season lepas, kepala b**** kau nak champion,” maki penyokong tersebut.

Safuwan, pemain import dari Singapura kemudian ditarik oleh beberapa pegawai pasukan serta pemain Selangor untuk ditenangkan dan beredar.
Penjaga gol, Khairulazhan Khalid turut kelihatan cuba menenangkan penyokong Selangor sebelum turut beredar.

Susulan insiden itu, penyokong Selangor mengecam tindakan biadap individu terbabit dan menyifatkan ia tidak mewakili majoriti peminat pasukan tersebut.

Malah beberapa laman Facebook penyokong Selangor yang lain turut mengecam UltraSel serta menyatakan solidariti bersama Safuwan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here