
BUAT pertama kali dalam tempoh lebih dua bulan, Malaysia kembali mencatatkan kes harian Covid-19 kurang lima angka apabila melaporkan 8,112 kes semalam.
Kali terakhir negara melaporkan kes di bawah 10,000 ialah 9,117 yang direkodkan pada 5 Februari lalu.
Sejak itu kes harian terus melonjak sehingga melepasi angka 30,000 susulan penularan varian Omicron.
Berdasarkan data dikongsi di laman web Covid Now hari ini, jumlah kumulatif jangkitan di Malaysia kini meningkat kepada 4,325,818.
Kes aktif pula berjumlah 145,799, turun 33.9 peratus berbanding 14 hari lalu. – Malaysiapost
