RUU Anti Lompat Parti jamin tiada lagi isu lompat parti – Mahdzir

0
1

ISU lompat parti dalam kalangan wakil rakyat yang menang kerusi pilihan raya akan dapat diatasi dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, bagaimanapun berkata sebelum akta terbabit dikuatkuasakan, Pindaan Perlembagaan perlu dilakukan terlebih dahulu.

“Kalau ikut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bermakna kita bentang pindaan Perlembagaan dahulu kemudian kalau Parlimen bersidang pada Julai, Insya-Allah kita boleh bentang RUU Anti Lompat Parti pada Julai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Iftar dan Solat Tarawih bersama warga FELCRA Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Padang Terap, semalam.

Menurutnya, Pindaan Perlembagaan yang bakal dibentang esok merupakan pindaan yang membolehkan Akta Anti Lompat Parti dibentangkan.

Pembentangan dan pembahasan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022 itu membabitkan penggubalan punca kuasa di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Ia bagi membolehkan Rang Undang-Undang berhubung larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, digubal di Parlimen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here