BEKAS Naib Presiden PKR Rafizi Ramli sekadar ‘sembang kari’ berhubung isu Sapura Energy Bhd, kata ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.
Isham berkata, ini kerana Rafizi seakan-akan cuba memutar belit kenyataan apabila menyatakan beliau sebelum itu tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2019 untuk ‘bail-out’ Sapura.
Bagaimanapun, katanya, Rafizi ketika itu boleh bersuara namun memilih melarikan diri dan selepas tiga tahun baru muncul kononnya untuk memperbetulkan keadaan.
“Ini budak Anwar sembang kari. Dia kata dulu masa PH bail-out Sapura tahun 2019 kononnya dia tidak setuju. Tapi masa itu dia senyap saja dan lari malam lepas kalah dengan Azmin.
“Sekarang lepas tiga tahun hilang baru dia kononnya sentap dengan keputusan PH itu. Apa punya sembang,” katanya menerusi Facebook.
Terdahulu, media melaporkan Rafizi mendakwa beliau tidak mempunyai pengaruh untuk menentang keputusan kerajaan PH pada 2018 yang mengambil langkah menyuntik dana Permodalan Nasional Berhad (PNB), menyelamatkan Sapura.
Dalam kenyataan hari ini, beliau menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan ketika itu yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad.- Malaysiapost

