Pegawai bank rugi RM243,000 ditipu

0
1
grafik

SEORANG pegawai bank menjadi mangsa penipuan tawaran pinjaman wang yang tidak wujud dan kerugian sebanyak RM243,000 sejak 28 Februari lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur Superintendan Mohamad Musa Marsidi, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia 54 tahun.

“Mangsa yang bekerja sebagai pegawai bank telah berurusan untuk membuat pinjaman sebanyak RM80,000 dengan mengisi borang di laman sesawang.

“Mangsa kemudiannya telah dihubungi oleh pekerja syarikat pinjaman wang terbabit dan diminta untuk membuat beberapa transaksi sebagai bayaran proses pinjaman.

“Sejak 28 Februari sehingga akhir Mac lalu mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM243,000 secara berperingkat ke dalam sembilan akaun bank diberikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, merasa tertipu, mangsa kemudian membuat laporan polis dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Bagi mengelakkan daripada me jadi mangsa penipuan tawaran pinjaman wang tidak wujud, polis menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya iklan promosi pinjaman wang dengan kadar faedah yang rendah dan proses permohonan tanpa syarat ketat.

“Peminjam perlu hadir secara fizikal ke institusi perbankan atau kewangan berlesen sahaja untuk membuat permohanan pinjaman wang,” katanya.

Beliau berkata, selain itu perlu menyemak akaun bank atau nombor telefon yang diragui melalui aplikasi Semak Mule CCID atau menghubungi talian Hotline CCID 013-2111222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis berhampiran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here