Netizen terkilan beli sup kaki ayam belum ‘pedicured’  

0
1

ORANG nak meniaga, kau sibuk juga nak meniaga. Orang masak sedap kau pula buat asal boleh! 

Begitulah antara rungutan netizen terhadap peniaga bazar Ramadan yang tergamak menjual juadah sambil lewa’ kepada pembeli.  

Menerusi ciapan yang dihantar, pengguna Twitter itu yang terkilan menunjukkan gambar sebungkus sup kaki ayam dibelinya di bazar Ramadan.  

“Beli sup kaki ayam kat pasar Ramadan. Ayam tak pedicured,” catatnya.  

Menurutnya, dia pelik apabila mendapati kaki ayam dalam sup yang dibelinya masih mempunyai kuku.  

“Ni baru satu teraniaya, entah berapa orang terkena macam ni. Ingat tak dosa ke, orang bulan puasa ni lah nak kejar pahala. Kalau masak elok-elok niat meniaga tu nak bagi orang buka makan sedap-sedap, kan dapat pahala,” luahnya.  

Bagaimanapun, ciapan itu tidak memberitahu lokasi pasar ramadan berkenaan.  

Tinjauan di ruangan komen, ramai yang terkejut dengan keadaan bahagian kaki ayam berkenaan dan menyifatkan ia kelihatan seperti filem seram.  

“Sampainya hati jual untuk orang berbuka puasa macam ni. Tak ada perasaan ke peniaga ni,” komen netizen.  

Dalam pada itu komen seorang netizen mencuri tumpuan apabila memberi tips untuk mengelak membeli juadah daripada peniaga bermusim.  

“Salah satu sebab aku seboleh-bolehnya tak mahu beli lauk kat bazar. Hanya gerai ori (yang selalu berniaga bukan di bulan Ramadan sahaja) aku yakin nak beli lauk.  

“Lain-lain aku beli makanan masak on the spot macam murtabak, roti john, kebab dan ayam percik,” kongsi seorang netizen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here