Lelaki pecah rumah ditolak hingga jatuh dari bumbung

0
1

CUBAAN seorang penjenayah melarikan diri melalui bumbung selepas dikesan memecah masuk sebuah rumah di Taman MDK 2, Keningau, Sabah malam tadi gagal apabila dia dikepung orang ramai sebelum ditolak hingga jatuh dari bumbung rumah.

Video berdurasi seminit lapan saat yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial dan polis mengesahkan penahanan suspek yang turut positif dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 9 malam dan sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian dan berjaya menahan suspek dengan dibantu orang awam.

“Suspek berjaya ditangkap selepas terjatuh dari bumbung rumah.

“Hasil pemeriksaan fizikal suspek tidak mempunyai kecederaan yang serius dan pemeriksaan terhadap badan serta beg pinggang suspek menjumpai barangan milik tuan rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah dan satu kes pecah rumah.

“Suspek telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu sehingga tertangkapnya suspek terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here