Bersatu beri mandat kepada Muhyiddin bincang kerjasama dengan parti lain

0
2

MAJLIS Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memutuskan untuk memberi mandat penuh kepada Biro Politik dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan strategi parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bersama parti-parti politik lain.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MPT Bersatu dipengerusikan Muhyiddin semalam.

Menurutnya, MPT Bersatu antara lain membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan parti, perkembangan politik tanah air dan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lalu.

Baru-baru ini, Muhyiddin menjelaskan beliau mengambil inisiatif bertemu dengan pimpinan utama parti politik dalam kerajaan dan pembangkang bagi merintis hubungan kerjasama dalam PRU15.

Menurut Presiden Bersatu itu, selepas PRN Johor, beliau didatangi beberapa pemimpin politik yang menyuarakan pandangan supaya parti selain Barisan Nasional (BN) merintis satu bentuk kerjasama bagi mengelak pertembungan banyak penjuru dalam PRU15.

Minggu lalu, Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin ada meminta sokongannya dalam usaha untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here