Debat: Anwar minta Fahmi Fadzil atur tarikh, masa dengan pasukan Najib 

0
1

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil untuk menyelaras serta memperinci dengan pihak Datuk Seri Najib Razak berhubung tarikh dan masa sesi debat khas soal negara dan Sapura. 

“Beliau juga telah diminta berbincang dengan pihak media terkait liputan penganjuran debat tersebut yang bagi saya harus disiarkan secara meluas,” kata Ketua Pembangkang itu menerusi kenyataan. 

Semalam Anwar dan Najib masing-masing sedia berdebat berhubung kemelut Sapura Energy Bhd. 

Najib semalam turut meminta pasukan Anwar dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengaturkan dengan media sekiranya berhasrat ia disiarkan secara langsung. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here