Kem, kubur panjang 2015, warga Thailand didakwa di mahkamah

0
1

SEORANG lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar, kerana terlibat kes penyeludupan dan pemerdagangan manusia secara besar-besaran dengan penemuan kem dan kubur panjang di sempadan Malaysia-Thailand pada 2015.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata lelaki yang berusia 39 tahun didakwa hari ini di bawah Sesyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 (Akta 670).

“Jika sabit kesalahan, dihukum dipenjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun, dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Abd Jalil, lelaki itu ditahan di Johor Bahru pada 8 Mac lalu atas maklumat orang ramai.

Jelasnya, polis tidak pernah berhenti atau cuba menutup sebarang siasatan mengenai penemuan kem dan kubur panjang di Wang Kelian itu.

“Siasatan kes ini masih berjalan dan pihak polis dalam proses mendakwa beberapa lagi yang terlibat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here