Jabatan Penyiaran mohon maaf stesen radio siar azan Maghrib awal 4 minit

0
1
Berbuka

JABATAN Penyiaran Malaysia negeri Sabah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam berikutan kesilapan stesen radio kendaliannya, Tawau.FM menyiarkan azan maghrib lebih awal daripada waktu yang dijadualkan semalam.

Pengarahnya, Zulkefli Mohd berkata, jabatan itu menyedari kepentingan siaran azan khususnya pada waktu Maghrib sepanjang Ramadan sebagai panduan untuk umat Islam berbuka puasa.

Bagaimanapun, katanya,  penyiaran azan maghrib empat minit lebih awal yang berlaku semalam adalah tidak disengajakan.

“Jabatan Penyiaran Malaysia negeri Sabah memandang serius perkara ini dan akan memastikan waktu siaran azan diberi perhatian dan keutamaan kerana melibatkan kepentingan umat Islam khasnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular insiden umat Islam di Tawau berbuka puasa lebih awal pada hari pertama Ramadan kerana kesilapan teknikal stesen radio Tawau FM yang menyiarkan azan Maghrib awal empat minit.

Susulan insiden itu, penyampai radio bertugas, Mohd Safwan Junit tampil memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan berkenaan kekeliruan yang berlaku petang semalam,

Menurutnya, kesilapan teknikal berlaku apabila dia menyiarkan azan Maghrib sebanyak dua kali, iaitu jam 6.16 petang dan diulang pada waktu sebenar pada 6.20 petang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here