12 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

0
1

SEBANYAK 12 kontena berisi pelbagai barangan musnah dalam kebakaran, di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor, petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 5.37 petang.

Katanya, sepasukan 34 pegawai dan anggota bersama jentera dari 10 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Laporan awal, kebakaran membabitkan lapan unit kontena yang disusun secara empat tingkat.

“Sehingga 9.30 malam tadi, 12 unit kontena dengan lapan muatan telah dikenalpasti iaitu alat ganti, alatan muzik, kapas, baby walker, minyak pelincir, benang, amionik dan sistem pemasangan bumbung.

“Muatan empat lagi unit kontena masih belum dikenal pasti,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, kerja-kerja mengalihkan kontena yang belum terbakar sedang dilakukan, serta memaklumkan tiada mangsa terlibat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here