97.6 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin Covid-19

0
1
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

SERAMAI 15,832,244 individu dewasa di Malaysia atau 67.3 peratus telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sejumlah 22,954,072 individu atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,229,777 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Manakala, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,852,606 individu atau 91.7 peratus daripada kumpulan itu, telah melengkapkan vaksinasi, dan 2,948,935 atau 94.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sejumlah 1,625 individu telah melengkapkan vaksinasi melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Sebanyak 1,338,696 individu atau 37.7 peratus daripada kumpulan sama telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Selain itu, sebanyak 35,001 dos vaksin telah diberikan semalam meliputi 10,076 dos pertama, 2,662 dos kedua dan 22,263 dos penggalak.

Data tersebut sekali gus menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,945,825. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here