17,476 kes baharu Covid-19 semalam

0
1
Orang ramai menunggu giliran bagi menjalani saringan Covid-19 di Dewan Seri Siantan Sungai Tua hari ini.

KES harian Covid-19 merekodkan sebanyak 17,476 kes baharu semalam, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan sebanyak 4,219,395 kes sejak virus maut itu melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes harian yang direkodkan semalam membabitkan 17,312 kes tempatan dan 164 kes import.

“Sebanyak 9,813 kes iaitu 55.15 peratus dalam kategori 1, dan 7,552 kes atau 43.22 peratus adalah kategori 2.

“Kategori 3 mencatatkan 37 kes iaitu 0.21 peratus, kategori 4 sebanyak 37 kes dengan 0.21 peratus, manakala kategori 5 sebanyak 37 kes atau 0.21 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 111 kes kategori 3, 4 dan 5, sebanyak 22 kes iaitu 19.82 peratus tidak atau belum divaksinasi, 45 kes sudah menerima dua dos vaksin dan 44 kes sudah menerima dos penggalak.

“Manakala, 62 kes berumur 60 tahun ke atas, 59 kes mempunyai komorbid, dan sat ukes melibatkan ibu hamil,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pertambahan enam kluster baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kluster setakat ini adalah 6,938 kluster dengan 6,744 kluster telah tamat dan 194 kluster masih aktif.

“Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 17,321 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,977,403 kes,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here