Perhilitan rampas Lotong Cengkong

0
1

JABATAN Perhilitan Semenanjung Malaysia (Perhilitan) merampas seekor anak hidupan liar disyaki Lotong Cengkong dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah premis di ibu negara pada Selasa lalu.

Menurut Perhilitan pemeriksaan yang dijalankan mendapati pemilik premis tidak mempunyai dokumen yang sah pemilikan haiwan terlindung berkenaan.

“Rampasan ini dilakukan kerana pemilik premis gagal mempamerkan dokumen penyimpanan dan penjualan hidupan liar terbabit daripada Jabatan PERHILITAN ketika pemeriksaan dilakukan.

“Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan Perhilitan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, Jabatan Perhilitan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan penjualan hidupan liar secara haram agar menghubungi Talian Hotline di 1800-88-5151 untuk tindakan dan siasatan selanjutnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here