Yasin berdepan hukuman mati

0
1

PENYANYI nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret di Petaling Jaya hari ini atas dua pertuduhan menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama, minggu lalu.

Yasin, 47, didakwa menanam 17 pokok kanabis dalam pasu plastik berisi tanah boleh diperolehi sama ada secara terus atau secara tidak langsung, lapor Sinar Harian.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Kota Damansara, jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Yassin dituduh mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu turut didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa serta tarikh sama dan dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, perlu disebat tidak kurang 15 kali. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here