KJ jelas kontroversi MySejahtera di Dewan Negara petang ini

0
1
Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin melawat Pusat Penerima Vaksin (PPV) Stadium Bukit Jalil pada hari pertama PPV dibuka di sini hari ini.

MENTERI Kesihatan Khairy Jamaluddin akan memberi penjelasan berhubung beberapa isu yang berkaitan dengan aplikasi MySejahtera di Dewan Negara, petang ini.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Khairy memaklumkan akan menjawab mengenai kerisauan kerahsiaan data peribadi rakyat Malaysia berisiko bocor menerusi aplikasi berkenaan.

“@KKMPutrajaya sentiasa mengambil berat isu kerahsiaan data peribadi & tadbir urus perolehan yang telus.

“Oleh kerana Dewan Negara masih bersidang, saya akan menjawab beberapa isu berkaitan dengan @my_sejahtera petang nanti. Saya juga akan memberi keterangan kepada PAC kelak,” katanya.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim hari ini memberitahu Ahli Dewan Negara untuk membenarkan usul berkenaan kontroversi data peribadi rakyat Malaysia dalam aplikasi MySejahtera dibahaskan di Dewan Negara petang ini.

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 17(1) itu dikemukakan oleh Senator Muhammad Zahid Md Arip.

Rais bersetuju bahawa ia memenuhi tiga syarat yang ditetapkan di bawah Peraturan Mesyuarat 17(3).

“Oleh demikian, dibenarkan usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 17(3) pada petang ini, 31 Mac 2022, dalam dewan ini (Dewan Negara).

“Saya membenarkan pihak pencadang untuk berbahas selama 30 minit, dan selepas itu pihak kerajaan akan menjawab 30 minit.

“Tertakluk kepada pertanyaan dan pernyataan daripada Ahli-ahli Yang Berhomat, boleh lah menyertai perbahasan itu mengikut kadar dapat kita berikan pada ketika itu petang ini,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here