‘Anak-anak tunggu kepulangan Yasin’ – Abang kandung

0
1

“SAYA mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segalanya,” demikian luahan Zain Sulaiman, 50.

Dia yang juga abang kandung kepada penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman, menjelaskan semua ahli keluarga meletakkan harapan tinggi, selain mendoakan urusan perbicaraan adiknya dipermudahkan.

Zain turut memaklumkan keluarga terutama anak-anak Yasin iaitu Sameer, 12, dan Malaika,7, tabah menghadapi ujian berkenaan.

“Anak-anak dia menaruh harapan yang tinggi dan sangat tabah. Mereka semua menunggu Yasin. Mereka tahu apa yang berlaku pada dia,” katanya.

Selain Zain yang mewakili keluarga, turut dilihat hadir memberi sokongan moral kepada Yasin ialah anggota kumpulan Brothers, Akbar.

Sementara itu, peguam Yasin, Yusmadi Yusoff berkata, beliau percaya sokongan keluarga dan orang terdekat adalah sangat baik buat anak guamnya pada waktu ini.

“Kita doakan sama-sama untuk urusan dia. Malah, hari ini ada juga kawan-kawannya yang datang. Bagi saya, dia tiada rekod negatif dan dia adalah seorang yang banyak memberi inspirasi. Rasanya ia (pandangan itu) perlu dikekalkan begitu.

“Satu lagi yang harus direkodkan, amat tak wajar dia dilaporkan memiliki ladang mini. Itu tidak betul. Kemudian ada yang kata kononnya ada sejumlah wang dan sebagainya, saya dah cek tiada.

“Tapi tentang hal itu tidak boleh komen lanjut kerana kes sedang berjalan. Cuma saya cadang agar komen-komen yang tidak wajar harus dielakkan,” katanya.

Terdahulu, Yasin yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, baru-berdepan pendakwaan di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini.

Yasin, 47, yang memakai baju-t hitam tiba di mahkamah kira-kira 10 pagi diiringi anggota polis.

Dia akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 masing-masing di Mahkamah Majistret serta Sesyen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here