DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan satu penghormatan bagi beliau bersama-sama dengan Perdana Menteri yang juga pemerintah Dubai, Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum di World Government Summit 2022.
Perdana Menteri berharap ikatan bersama Malaysia dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) terus terjalin erat dan berpegang teguh kepada satu tali persaudaraan.
“Semoga Dubai terus maju di bawah pemerintahan Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum,” katanya menerusi hantaran di media sosial miliknya.
Terdahulu Perdana Menteri singgah di Dubai, dalam penerbangan pulang daripada lawatan rasmi tiga hari ke Qatar.
Ia untuk menyaksikan beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani yang dilihat mampu meningkatkan kerjasama antara UAE dan Malaysia.
Beliau diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah disambut Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Mohd Tarid Sufian dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai Mohd Hasril Abdul Hamid. – Malaysiapost

