Mercun, bunga api bernilai RM150,000 dirampas

0
1

UNIT Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Kuantan berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM 150,000 dalam satu serbuan di bandar Kuantan, semalam.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said, berkata serbuan dilakukan hasil risikan dan intipan yang diperolehi dari maklumat awam berkaitan aktiviti pengedaran barang terlarang berkenaan.

“Serbuan dilakukan di sebuah taman perumahan di kawasan bandar Kuantan.

“Seorang Lelaki warganegara tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan yang di siasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, PPM sentiasa mengalu-alukan orang awam menyalurkan maklumat aktiviti jenayah khasnya berkaitan penyeludupan serta pengedaran barangan yang salah di sisi undang-undang Malaysia.

“Maklumat boleh disalurkan ke talian 09-5137726 (24 jam) atau “direct message” ke Facebook Rasmi Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here