Kena juara isu rakyat, baru pembangkang jadi kuat – Akmal Nasir

0
2

KEKUATAN gabungan pembangkang tidak boleh menjelma dengan siri rundingan yang tiada berkesudahan, kata Ketua Pemuda PKR (AMK) Akmal Nasir. 

Menurutnya, gabungan pembangkang perlu segera mendapat keyakinan rakyat dan kembali menjadi kuat dengan membawa isu-isu yang dekat dengan rakyat.

“Nak kuatkan (gabungan pembangkang) itu bukan dengan buang masa bincang runding dan sebagainya.

“Jadi, (kalau) nak kuatkan PH kena bawa isu yang rakyat nak kita perjuangkan. Kalau di Pahang sebagai contoh, isu alam sekitar, pembalakan, siapa yang sebenarnya berani bercakap mewakili pihak rakyat,” katanya dipetik Malaysiakini, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR Indera Mahkota 2022, di Kuantan, hari ini.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu turut mengingatkan semua pimpinan parti agar kembali menumpukan isu rakyat dan tidak terikut-ikut dengan percaturan politik parti kerajaan ketika ini.

Diminta mengulas mengenai saranan Rafizi Ramli kepada PH supaya fokus untuk mempertahankan semua kerusi dimenangi pada PRU lalu, Akmal berkata saranan itu turut merangkumi kerusi Parlimen yang kini milik parti lain selepas Langkah Sheraton.

“Kita perlu ingat bahawa kerusi yang dikhianati itu adalah milik parti dan bukannya milik individu tertentu.

“Jadi, kerusi itu juga kita akan tumpu untuk rampas kembali pada PRU akan datang, selain berusaha mempertahankan kerusi dimenangi sebelum ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here