Terima kasih PDRM

0
1

KERAJAAN menghargai peranan dimainkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai barisan hadapan yang banyak membantu meringankan beban Keluarga Malaysia ketika berhadapan pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Sepanjang dua tahun ini, Keluarga Malaysia terpaksa melalui kehidupan amat mencabar dan memerlukan bantuan pelbagai pihak bagi mengurangkan beban akibat pandemik.

Lebih membanggakan, katanya, walaupun hampir seluruh kekuatan pasukan dikerah untuk penugasan OP Covid-19, PDRM tetap komited mengimbangi keutamaan perkhidmatan memerangi jenayah dan mengekal keharmonian masyarakat serta keamanan negara.

“Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada anggota PDRM yang sanggup mengetepikan kepentingan diri, berhujan panas, memerah keringat dan mendedahkan diri kepada risiko jangkitan dan bencana.

“Negara akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ mulai 1 April yang membolehkan Keluarga Malaysia kembali hidup dalam keadaan normal.

“Walaupun banyak kelonggaran diberi, seperti tiada lagi penjarakan fizikal, namun Keluarga Malaysia masih perlu
mematuhi SOP yang kekal seperti pemakaian pelitup muka di samping penjagaan kebersihan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Perbarisan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 di Pulapol dekat ibu negara hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here