Jenayah indeks 2021 menurun

0
1

JENAYAH indeks bagi tahun 2021 menunjukkan penurunan iaitu 52,974 kes berbanding 65,623 kes pada tahun 2020, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini, jenayah indeks turut menurun kepada 8,484 kes berbanding 9,773 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada PDRM kerana berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan dalam penurunan indeks jenayah negara, membuktikan kredibiliti PDRM dalam menjaga keamanan negara amat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Perbarisan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-215 di Pulapol dekat ibu negara hari ini.

Ismail Sabri berkata dalam usia menjangkau 215 tahun, segala pengalaman diharungi telah menjadikan PDRM agensi penguat kuasa utama negara yang matang dan amat komited dalam memikul mandat dan tanggungjawab. – Malaysiapost

Foto Kredit: Facebook PDRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here