Tolak usul SOSMA bukti pembangkang tak boleh dipercayai

0
1

TINDAKAN pembangkang menolak usul pelanjutan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) semalam menunjukkan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera adalah tepat dan betul.

Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata jalan terbaik serah semula mandat kepada rakyat.

“Biar rakyat tentukan sebuah kerajaan yang stabil dan kuat.

“Kerana realitinya sesebuah kerajaan tidak boleh stabil dan diyakini hanya melalui MOU yang begitu serta tidak ditandatangani dengan ikhlas serta jujur. Semua ini merugikan rakyat dan negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shamsul Anuar berkata kegagalan usul yang dibawa kerajaan itu juga adalah bukti pembangkang tidak boleh dipercayai.

Berikutan itu tegasnya, Umno dan BN perlu membina kekuatan sendiri dan kebergantungan kepada parti pembangkang serta parti yang tidak sehaluan untuk kekuatan BN sangat tidak sesuai.

“Umno BN perlu kembali bangun dan membina kekuatan sendiri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here