32 MP kerajaan tak hadir punca usul SOSMA ditolak

0
1

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menyifatkan semalam adalah hari yang sangat bersejarah dalam Parlimen apabila usul dibawakan kerajaan telah ditolak.

Menurut Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu berkata belum pernah selama ini usul kerajaan ditolak, tetapi semalam adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia.

“Usul kerajaan semalam adalah untuk peruntukan subsekyen 4(5) SOSMA (yang membenarkan individu ditahan selama 28 hari tanpa bicara) dilanjutkan tempoh kuat kuasa selama lima tahun lagi.

“Saya nak sentuh tentang bagaimana keputusan semalam dicapai. Keputusan menyokong (dari kerajaan) – 84 undi dan keputusan menolak (dari pembangkang) – 86 undi.

“Ada dua undi majoriti, jadi usul ditolak. Saya nak sebut juga, ada 32 Ahli Parlimen kerajaan tak hadir ke Dewan untuk mengundi – juga menyebabkan usul ini berjaya ditolak pembangkang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Sehubungan itu Syed Saddiq berkata, kerajaan boleh sahaja meluluskan usul semalam namun mereka memilih untuk tidak hadir ke dalam Dewan Rakyat dan menjalankan hak untuk mengundi sebagai Ahli Parlimen.

“Pembangkang, kita Jalan Tegak!,” katanya lagi.

Beliau turut menyenaraikan 32 Ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir semalam iaitu:

  1. Sembrong (Luar Negara)
  2. Santubong
  3. Tanah Merah (Umrah)
  4. Kuala Pilah
  5. Ayer Hitam (Luar Negara)
  6. Tapah
  7. Kota Marudu
  8. Bandar Tun Razak
  9. Nibong Tebal
  10. Keningau
  11. Rompin
  12. Bukit Gantang
  13. Pekan
  14. Marang
  15. Pagoh
  16. Putrajaya
  17. Kuala Nerus
  18. Kinabatangan
  19. Batang Lupar
  20. Pasir Mas
  21. Lahad Datu
  22. Gombak (Masuk Dewan Lewat)
  23. Padang Besar (Masuk Dewan Lewat)
  24. Pontian
  25. Bagan Datuk
  26. Tasek Gelugor
  27. Pasir Puteh
  28. Ketereh (Masuk Dewan Lewat)
  29. Lenggong
  30. Bintulu
  31. Alor Gajah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here