Pembukaan semula sempadan udara Malaysia-Venezuela disambut baik – Ka Siong

0
1

LANGKAH pembukaan semula sempadan udara antara Malaysia dengan Venezuela menerima sokongan menggalakkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Venezuela (INAC).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong, berkata perkara itu dinyatakan Presiden INAC, Mejar Jeneral Juan Teixeira hasil pertemuan dua hala yang berlangsung di Montevideo, Uruguay.

“Saya menerima sokongan yang amat menggalakkan hasil daripada pertemuan bersama Presiden INAC, Mejar Jeneral Juan Teixeira khususnya mengenai pembukaan semula sempadan udara kedua-dua negara dengan selamat.

“Selain itu usaha meningkatkan perjanjian Malaysia dengan Venezuela mengenai latihan serta lebih banyak perjanjian berkaitan perkhidmatan udara juga akan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ka Siong kini dalam lawatan kerja rasmi di Montevideo, sejak Isnin lalu bagi menghadiri Perhimpunan XXIV Suruhanjaya Penerbangan Awam Amerika Latin (LACAC).

Beliau bersama deligasi Malaysia termasuk pegawai Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan menghadiri beberapa mesyuarat dan perbincangan dua hala mengenai isu berkaitan penerbangan antarabangsa serta peranan Malaysia dalam sektor berkenaan.

Menurutnya, Malaysia juga telah berbincang bersama Venezuela untuk menganjurkan lebih banyak kursus latihan dan pertukaran peserta.

“Ia berkaitan penerbangan dalam pembangunan sumber manusia, pengurusan kewangan, dan kepakaran teknikal penerbangan lain di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), khususnya yang ditawarkan oleh Akademi Penerbangan Malaysia.

“Kami juga komited untuk menghidupkan semula perjanjian perkhidmatan udara Malaysia – Venezuela sejak tahun 1993,” katanya.

Beliau berkata, ia sekaligus berupaya membuka jalan kepada lebih banyak hubungan udara dengan Amerika Latin menerusi ‘code-sharing’.

“Malaysia dan Venezuela mempunyai banyak tawaran diantara satu sama lain dan akan berusaha untuk menjalinkan kerjasama yang lebih membuahkan hasil pada masa hadapan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here