Najib persoal KJ, Kit Siang seorang kena kompaun?

0
1

SEAKAN tidak berpuas hati jawapan Menteri Kesihatan berhubung satu kompaun dikeluarkan Mentor DAP, Lim Kit Siang, Datuk Seri Najib Razak bertanya bagaimana pula puluhan lagi individu lain yang hadir dalam majlis DAP, kelmarin.

“Kit Siang seorang saja yang kena kompaun? Itupun satu kompaun berjumlah RM1,000 yang dikeluarkan semalam. Tapi yang berpeluk itu adalah berpuluh orang?,” katanya menerusi Facebook sebentar tadi.

Ahli Parlimen Pekan itu membalas kenyataan Khairy Jamaluddin hari ini yang mengesahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kompaun terhadap Kit Siang.

Ia selepas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Kongres Kebangsaan Ke-17 DAP di ibu negara kelmarin.

Dalam hantaran sama, Najib mempersoalkan tindakan Khairy mengaitkan kompaun terhadap Kit Siang dengan dirinya.

“Entah kenapa dia kaitkan kompaun Kit Siang dengan saya tapi saya akan bayar lima kompaun anda terhadap saya,” katanya.

Terdahulu Khairy mengingatkan Najib agar membayar satu kompaun dikeluarkan KKM terhadapnya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini.

“Kompaun sudah dikeluarkan kepada @limkitsiang. KKM juga harap @NajibRazak bayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN Johor yang masih belum settle (selesai).

“KKM juga harap @NajibRazak menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai Datuk Seri enggan terima sebelum ini,” katanya di Twitter. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here