Jangan percaya berita tidak sahih mengenai kesihatan Presiden PAS

0
1

TAHAP kesihatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Ketua Penerangan PAS, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata Abdul Hadi yang positif Covid-19 hanya mengalami  gejala ringan dan sedang berehat.

“Orang ramai diminta untuk tidak mempercayai berita yang disebarkan oleh sumber-sumber tidak sahih mengenai kesihatan YB Tan Sri Tuan Guru.

“Saya menyeru kepada semua ahli parti serta rakyat Malaysia untuk berdoa kepada Allah agar YB Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS yang kita sayangi diberikan kesembuhan dalam kadar yang segera,” katanya menerusi kenyataan malam tadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here