65.9 peratus penduduk dewasa terima dos penggalak

0
1
Warga-warga asing hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KLCC ketika tinjuan Malaysiapost pagi tadi.

SEBANYAK 15,507,221 individu dewasa atau 65.9 peratus daripada kumpulan itu di negara ini sudah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sejumlah 22,944,111 atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,220,067 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,844,722 individu atau 91.4 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi.

Manakala 2,942,850 atau 94.6 peratus daripada populasi remaja menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, untuk populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, seramai 1,267,491 individu atau 35.7 peratus kumpulan itu sudah menerima dos pertama vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Vaksinasi harian semalam menyaksikan 28,360 dos diberikan iaitu 4,848 dos pertama; 1,651 dos kedua dan 21,861 dos penggalak.

Ia sekali gus menjadikan kumulatif dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,515,709. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here