Covid-19: Kesihatan Hadi beransur pulih

0
1

KEADAAN kesihatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang disahkan dijangkiti Covid-19 sejak Ahad lalu kini dilaporkan bertambah baik.

Perkembangan itu dikongsikan anaknya, Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika ditemui pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, hari ini.

Menurutnya, Abdul Hadi mengalami beberapa gejala seperti demam dan batuk, namun tidak serius dan beransur pulih.

“Malam tadi (Isnin) saya ada hubungi dia dan diberitahu demam semakin baik. Tinggal hanya perlu habiskan tempoh kuarantin sahaja yang dijangka berakhir Khamis ini.

“Beliau kini berehat dan menjalani proses kuarantin di rumah,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Menurut Muhammad Khalil, bapanya mengalami demam selepas menghadiri majlis perasmian Kompleks Pentadbiran PAS di Kedah baru-baru ini sebelum disahkan dijangkiti Covid-19.

Katanya, walaupun tempoh kuarantin dijangka habis pada Khamis, bapanya perlu berehat terlebih dahulu sebelum menghadiri kuliah dhuha mingguan di Masjid Rusila, Jumaat ini.

Dalam pada itu, katanya, setakat ini hanya Abdul Hadi disahkan dijangkiti Covid-19 dan tidak membabitkan ahli keluarga lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here