Bantuan RM2,000 kepada suami beristeri lebih satu adalah palsu – Buletin TV3

0
1

BULETIN TV3 menafikan perkongsian poster tular berhubung bantuan bulanan RM2,000 diberikan kepada suami yang mempunyai lebih dari seorang isteri bermula 1 Mei ini.

Buletin TV3 menerusi laman rasmi Instagram miliknya, memaklumkan hantaran itu disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Pihak terbabit menulis ‘Bermula 1 Mei 2022 bantuan bulanan RM2,000 kepada suami yang punyai lebih dari seorang Isteri’ adalah tidak dilaporkan oleh pihak kami,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Buletin TV3 menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih serta menyemak sebarang maklumat yang diterima.

Menerusi poster itu, memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kononnya yang mengumumkan perkara tersebut pada 19 Mac lalu.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here