PM sengaja umum KWSP menjelang PAU 2021

0
1

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui sengaja mengumumkan pengeluaran khas RM10,000 wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 ini.

Menurut Naib Presiden Umno itu, beliau pada mulanya mahu mengumumkan perkara itu ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu, namun mengambil keputusan menangguhkannya kerana tidak mahu pihak pembangkang mengambil kredit atas perkara tersebut.

“Sepanjang Perhimpunan Agung Umno ini, saya menerima ucapan tahniah dan terima kasih daripada Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua-Ketua Sayap serta para perwakilan terhadap pengumuman pengeluaran khas KWSP.

“Sebenarnya pengumuman ini telah saya bincangkan bersama Presiden parti sebelum pengumuman calon PRN Johor yang lalu.

“Namun, saya pilih untuk mengumumkannya pada waktu dan ketika sesuai, kerana sepanjang musim PRN Johor ramai pihak melakukan pusingan U. Janganlah cuba menangguk di air keruh atau lembu punya susu, sapi yang nak dapat nama,” ucapnya pada PAU 2021, di PWTC, hari ini.

Perdana Menteri menegaskan, KWSP adalah perjuangan Umno yang konsisten membela rakyat sejak pandemik melanda negara.

“Setelah selesai PRN Johor, Alhamdulillah, Umno menang besar, sebelum merayakan Perhimpunan Agung Umno inilah masa yang tepat untuk saya umumkan Pengeluaran Khas KWSP,” katanya. – Malaysiapost

Rabu lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas RM10,000 buat kali terakhir bagi membantu rakyat yang terjejas akibat Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here