PM mahu jadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memasang impian untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.

Sehubungan itu, beliau mahu Umno menjuarai dalam memartabatkan bahasa
Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 yang juga termaktub dalam Perlembagaan Umno Fasa 3.5.

“Sudah tiba masanya kita perlu bangga dengan Bahasa Melayu, justeru tidak ada sebab untuk kita rasa janggal berbahasa Melayu walaupun di pentas antarabangsa kerana ‘Bahasa Jiwa Bangsa’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2021 di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Tambahnya, Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga akan diperkasakan dengan DBP akan diberikan kuasa penguatkuasaan.

“Sebagai contoh penggunaan bahasa Melayu dipapan-papan tanda.

“Selain itu, pelajar asing yang menuntut di dalam negara wajib mengambil subjek bahasa Melayu. Saya bercita-cita agar bahasa Melayu menjadi bahasa kedua Asean,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here