PM puas hati perjalanan persidangan 3 sayap

0
1

NAIB Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpuas hati dengan perjalanan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara hari ini.

Ini kerana kata Perdana Menteri, sebahagian pembahas telah berbahas dengan begitu baik serta memberi pandangan yang bernas untuk kelangsungan Umno.

“Saya sempat meninjau persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri (hari ini).. Alhamdulillah saya lihat mesyuarat berjalan dengan lancar.

“Saya juga sempat mendengar beberapa pembahas daripada tiga sayap, pembahas dapat berbahas dengan baik dan memberi pandangan terbaik untuk masa depan parti.

“Saya berpuas hati dengan perjalanan persidangan hari ini,” katanya ketika ditemui media. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here