Tarikh PRU15: Wanita Umno yakin Presiden, MKT buat keputusan terbaik

0
1

WANITA Umno yakin kepimpinan parti akan membuat keputusan terbaik dalam mencadangkan masa yang tepat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selaras peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata ini kerana apa juga tindakan dan keputusan hendaklah dibuat secara berhemah, matang dan bijaksana.

“Wanita Umno percaya, Datuk Seri Presiden (Ahmad Zahid Hamidi) dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) akan membuat keputusan terbaik dalam mencadangkan masa yang tepat dan sesuai kepada Perdana Menteri selaras peruntukan Perlembagaan.

“Sekali lagi, saya ingin menegaskan di sini bahawa Wanita Umno ‘always ready’ pada bila-bila masa.

“Insya-Allah Wanita bersama jentera Barisan Nasional (BN) akan berganding bahu, seia dan sekata, sederap kita melangkah, berkongsi aspirasi parti menjadi pencari undi, penentu undi, perayu undi, pengekal undi, hatta pemecah undi di mana yang perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar pada Persidangan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here