PAS ucap tahniah kepada MB baharu Johor

0
2

PAS hari ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilantik Menteri Besar Johor Ke-19.

Menerusi kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khiruddin berkata parti itu juga mengucapkan selamat menjalankan tugas dan menggalas amanah untuk memastikan kesejahteraan Bangsa Johor terpelihara.

“Semoga Allah SWT memberi kebijaksanaan kepada YAB Datuk untuk mengemudi Johor Darul Takzim ke tahap lebih tinggi.
Selamat bekerja untuk rakyat,” katanya.

Terdahulu teka-teki siapa Menteri Besar Johor yang baharu berakhir apabila Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap melafaz sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here