SPRM kesan 2 individu bantu pengurusan kes

0
1

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan dua individu bagi membantu pengurusan kes SPRM.

Individu pertama, Steven Jong Thien Wun, 22, mempunyai alamat terakhir di No 372 Lorong 6 Batu 17, Jalan Kuching/Serian Siburan 94200 Kuching, Sarawak.

Sementara itu, individu kedua, Kelvin Chan Peggy, 21, mempunyai alamat terakhir di 118-A Kampung Beratok Batu 21, Jalan Kuching / Serian 94200 Kuching Sarawak.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Jasvindar Kaur  A/P Lakh Vindar Singh di talian 019-4266169 atau 082-467701,” kata SPRM menerusi kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here