Covid-19: 92 lagi kematian baharu, 33 BID

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

SEBANYAK 92 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 33,899 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 33 daripada 92 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Seramai 298,123 individu atau 96.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 2,031 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 8,400 kes dirawat di hospital dan 388 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 215 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here